Nasional

Tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar kata Anthony Loke

DAP menegaskan penganjuran program kutipan dana yang ditaja sebuah syarikat minuman keras yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tidak melibatkan pelajar.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, , sebaliknya ia  hanya membabitkan ibu bapa bukan Islam.
Katanya, penajaan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah biasa dilakukan sebelum ini.
Menurut beliau, ia menjadi isu apabila terdapat cubaan pihak-pihak tertentu menimbulkan polemik berkenaan perkara itu sedangkan ia sudah lama dipraktikkan tanpa sebarang isu.
“Dulu pun (sudah ada program) sama, jadi tidak perlu timbul polemik berkenaan perkara ini.
“Ia telah dipraktikkan selama ini, tak menjadi masalah, hanya ada pihak cuba mempolitikkan dan mengungkit untuk menjadikan isu.
“Kita sudah jelas dengan keputusan Kabinet. Ada beberapa garis panduan seperti kalau berada dalam premis sekolah, logo jenama tidak boleh dipaparkan tapi program boleh dibuat.
“Kalau di luar tak ada halangan kerana kebanyakan program ini berlaku di luar premis sekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan bagi melihat status terkini projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Stesen Pasar Jawa, hari ini.
Beliau turut menjelaskan, semua bentuk sumbangan kepada sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, selari dengan dasar sedia ada dan telah dibincangkan oleh Kabinet.
Pas sebelum ini membangkitkan isu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman ​​Athirah Sabu menerima sumbangan RM3 juta dengan tertera logo syarikat minuman keras pada majlis kutipan derma di sebuah sekolah di Sepang.
Aiman ​​Athirah dalam penjelasannya berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai pihak yang memberikan derma untuk pembinaan dewan sekolah tersebut.
Pada 26 Julai lalu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pihak mereka mengekalkan garis panduan sedia ada mengenai sumbangan kepada sekolah dan melarang sebarang promosi minuman keras di dalam kawasan sekolah. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button