TABUNG Perjuangan UMNO yang dilancarkan baru-baru ini tidak mendapat sambutan. Ini mungkin menunjukkan bahawa perjuangan yang parti yang dikatakan sebagai parti Melayu terbesar itu tidak lagi mendapat sokongan.
Jika dibandingkan dengan Tabung Harapan yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan sebaik sahaja mereka menang pilihan raya umum lalu, ia mengumpul dana lebih RM200 juta.
Tabung Perjuangan UMNO dilancarkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dengan tujuan mengumpul dana bagi membantu perjalanan parti itu terutama dalam menghadapi pilihan raya.
Difahamkan jumlah sumbangan yang diperolehi setakat ini sangat kecil berbanding jumlah ahli parti itu yang melebihi tiga juta orang.
Logiknya jika seorang menyumbang RM1 sahaja pastinya sudah berjumlah jutaan ringgit.
Buat pertama kalinya, UMNO melancarkan tabung bertujuan menampung pembiayaan pengurusan pentadbiran dan aktiviti UMNO.