Luar Negara

Syukur, PM Singapura Benarkan Jururawat Beragama Islam Pakai Tudung!

SINGAPURA akhirnya membenarkan jururawat beragama Islam memakai tudung bermula 1 November.

Perkara ini diumukan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong Ogos lalu dengan matlamat untuk memperkukuhkan iltizam dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

Pengumuman itu diterima baik oleh jururawat beragama Islam di Singapura kerana mereka akhirnya dapat memakai tudung ketika bertugas.

Susulan itu, Mediacorp melaporkan semua 11 farmasi di hospital dan poliklinik kendalian SingHealth telah kehabisan stok tudung khas untuk jururawat yang mula dijual pada 28 Oktober lalu.

Setiap hospital mempunyai tudung yang direka khas mengikut hospital masing-masing manakala tudung khas yang diluluskan oleh SingHealth telah habis dijual di Hospital Besar Singapura (SGH) Hospital Besar Changi (CGH) pada hari pertama ia dijual.

Jururawat muslim di Singapura turut berasa teruja untuk memakai tudung bersama seragamnya.

“Ketua-ketua saya sebelum ini memang sudah lama berdoa untuk dapatkan pilihan memakai tudung, jadi saya sebagai antara kumpulan yang pertama dapat memakai tudung memang sangat teruja dan gembira,” luah seorang jururawat muslim.

“Saya berbesar hati kerana dapat memakai tudung ketika bertugas kerana sebagai seorang muslim, ini merupakan satu tanggungjawab dari segi agama dan saya berasa lebih selesa dan yakin apabila memakai seragam dengan tudung,” kata seorang jururawat muslim. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button