BeritaPolitik

Syed Saddiq umum RM300 juta baik pulih kemudahan sukan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan umum peruntukan untuk baik pulih dan naik taraf kemudahan sukan luar bandar berjumlah RM300 juta.

Perkara itu dimumkan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas bermesra dengan warga Kimanis dalam lawatannya di sana.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada peruntukan besar itu dikhaskan kepada Kimanis sahaja ataupun luar bandar seluruh negara.

“Saya telah memperuntukkan RM300juta untuk tujuan membaik pulih & naik taraf infra sukan luar bandar. Sukan milik semua.

“Together, we will help rebuild Sabah together! Vote Warisan!,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Parlimen Kimanis dan turut mengadakan perlawanan bola sepak dengan penduduk di sana.

“Terima kasih warga Kimanis kerana sudi bersama dalam perlawanan bola sepak.

Ini kali ketiga saya ke Kimanis dalam tempoh masa setahun. Saya sangat selesa bila turun padang ke Sabah,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button