Politik

Wan Fayhsal ketua baru Armada

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai ketua Pemuda Bersatu (Armada), dalam pemilihan semalam.

Dia menewaskan pesaing tunggalnya, Muzzammil Ismail yang merupakan exco Armada.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini.

Kedudukan naib ketua pula dimenangi Ceasar Mandela Malakun yang menewaskan empat calon lain, iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq A Aziz.

(Visited 151 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button