Rencah Hidup

Syed Saddiq gembira disenarai One Young World Politician Award 2020.

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman gembira kerana telah disenarai pendek sebagai antara 15 orang penerima One Young World Politician Award 2020.

Jelas bekas menteri belia dan sukan itu, kejayaan tersebut bukan pencapaian untuk individu semata-mata.

“Saya tahu bahawa untuk membawa perubahan yang baik kepada negara, kerja keras bersama adalah paling utama. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga KBS.

“Sepanjang kami bekerja bersama, KBS berjaya mereka inisiatif Projek Reben Kuning yang memberi lebih 1,583 pekerjaan kepada belia berisiko dan bekas pesalah muda sebagai peluang kedua dalam kehidupan,” kata Syed Saddiq.

One Young World Politician merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Kate Robertson and David Jones dan berpangkalan di London sejak 2010.

One Young World Politician Award merupakan satu anugerah untuk mengiktiraf ahli politik muda yang paling berpotensi dan berjaya berusia antara 18-35 tahun dari seluruh dunia.

Pemenang dipilih berdasarkan impak yang mereka hasilkan di negara asalnya dan bagaimana mereka menggunakan kedudukan untuk memberi manfaat khususnya kepada golongan muda.

One Young World Politician Award  adalah anugerah global pertama yang mengiktiraf ahli politik muda dan dilancarkan bagi mengatasi tahap penglibatan belia yang rendah dalam politik.

“Untuk anak muda di luar sana, saya menaruh seluruh keyakinan bahawa anda adalah masa hadapan negara. Percayalah bahawa setiap masa dan tenaga yang kita letakkan untuk negara pasti ada hasilnya.

“Saya mahu anak muda terus bekerja keras dan memberi inspirasi kepada dunia. Bagi saya, inilah masa terbaik untuk membina negara bersama. Jalan terus anak muda! kata Syed Saddiq.

Antara perubahan yang dibawa adalah memberikan hak mengundi kepada 7.8 juta anak muda berusia 18 untuk memilih demi masa hadapan negara

“Saya juga gembira melihat lebih 24,403 pemimpin muda 15 dan 17 tahun yang dibesarkan sebagai pemimpin masa hadapan melalui Malaysia Future Leaders School (MFLS) pada tahun 2019 sahaja.

“KBS juga berperanan besar dalam membawa anak muda perniagaan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara serta mengembangkan program Felo Korporat untuk anak muda berjiwa korporat,” kata Syed Saddiq.-SM

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button