Politik

‘Saya nak bantu dia’

“Saya hendak bantu dia,”. Itu jawapan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya kenapa beliau boleh mendapatkan sokongan majoriti dan Presiden PRK Datuk Seri Anwar Anwar pula tidak.

Jawapan Ahli Parlimen Langkawi itu disiarkan dalam  dalam wawancara dengan media Hong Kong, Asia Times, hari ini.

Menurut Dr. Mahathir dia tidak mahu menjadi perdana menteri buat kali ketiga tetapi diminta berbuat demikian.

Menurutnya, Anwar tidak mempunyai sokongan cukup dan beliau mahu membantu presiden PKR itu.

“Terdapat pihak yang menentang keras jika dia dicalonkan (sebagai PM), mereka tidak akan sokong.

“Dan kita perlukan sokongan daripada parti kerajaan supaya mempunyai majoriti cukup.

“Saya bimbang dia tak dapat majoriti cukup jika bergantung pada dia seorang.

“Saya hendak bantu dia,” kata Mahathir dalam wawancara tersebut.-SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button