Politik

Syed Saddiq berani pertahankan Guan Eng, DAP

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau berani mempertahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan DAP kepada pernah bekerja dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Katanya, beliau sentiasa berjumpa dan berbincang dengan Guan Eng bagaimana untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk pemuda negara ini.

Malah katanya, Guan Eng turut membawa membawa hasil sehingga membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih RM6 bilion dalam Belanjawan 2020 untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi pemuda negara ini.

“Saya berani mempertahankan DAP dan Guan Eng sebab saya tahu pernah bekerja dengan pemimpin DAP itu. Zaman bapa dia Tun Abdul Razak pernah melantik seorang Menteri Kewangan dari kaum Cina tidak ada masalah langsung.

“Saya nak tanya anda semua sila jawab siapa yang curi wang 1MDB, siapa yang curi wang Tabung Haji, UMNO atau Guan Eng?Nak tanya anda?

“PH Tak kisah kamu Cina ke Melayu atau India tapi kalau kamu tidak berasuah dan berintegriti maka kami akan sokong,”katanya dalam Ceramah Kemuncak yang dihadiri lebih 500 orang setempat di Pusat Perdagangan Pontian malam ini seperti yang dipetik dari portal berita Malaysia Gazette.

Syed Saddiq berkata demikian sebagai membidas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ceramah yang bertanya mana perginya maruah Melayu sebab seorang menteri Cina dilantik jaga kewangan dalam kerajaan.

“Kalau dibandingkan kerajaan dahulu senang dapat projek tapi di bawah kerajaan baharu ini khususnya sejak Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

“Di bawah beliau dan juga PH jangan harap dapatkan projek senang, perlu lalui proses tender terbuka supaya mereka yang berkelayakan dan bersih sahaja diberikan demi kesejahteraan rakyat.

“Guan Eng tidak bertoleransi dalam hal projek projek supaya mahukan integriti dan manfaat kepada rakyat dn inilah menteri Kewangan berintegriti yang kita mahukan,” katanya Syed Saddiq.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button