Luar Negara

Switzerland bakal mansuhkan peraturan dan SOP Covid-19. Ini sebabnya

Switzerland adalah satu negara yang bakal menghapuskan pelbagai peraturan dan prosedur standard operasi bagi mencegah Covid-19 dalam masa terdekat.

Ini bermakna orang ramai tidak lagi perlu memakai topeng muka ketika di khalayak ramai dan tidak perlu menunjukkan sijil lengkap vaksinasi untuk memasuki mana-mana premis.

Selain Switzerland, beberapa buah negara lain turut mengambil langkah yang sama adalah Denmark, Britain, Belanda dan Perancis.

Anehnya seluruh dunia sedang mencatatkan peninggal mendadak kes Covid-19 sejak awal Februari berikutan mutasi varian baharu Omicron yang lebih mudah berjangkit serta lebih berbahaya.

Presiden Switzerland Ignazio Cassis ketika bercakap kepada pemberita semalam memaklumkan bahawa langkah berani itu diambil bagi membolehkan rakyat negara berkenaan bergerak ke hadapan untuk kembali hidup normal.

Ketika keputusan itu dibuat kes Covid-19 harian di negara berkenaan secara purata melebih 40,000 kes.

Pada masa yang kerajaan Switzerland yakin 90 peratus penduduk negara berkenaan telah kebal dari wabak berkenaan sama ada, secara vaksinasi atau setelah terkena jangkitan.

Orang ramai yang memasuki negara berkenaan juga tidak lagi perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19.

Satu-satunya peraturan yang masih dikekalkan ialah mereka yang positif dijangkita wabak itu perlu kuarantin kendiri selama lima hari dan memakai topeng muka bila berada di dalam kenderaan awam serta kemudahan kesihatan. – AGENSI

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button