Mahkamah

Suspek lawan arus menyebabkan abang Ducati meninggal dunia mengaku pemegang Kad OKU

Seorang suspek yang disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang superbike jenis Ducati pada Jun lalu mengaku dirinya seorang pemegang kad orang kurang Upaya (OKU) dan sedang menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, meningal dunia akibat kecuaian dari sikap penungang yang melawan arus di SUKE

Lelaki yang dikenali Mudzyadaha Mohammad, 42, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

Menurut peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memaklumkan bahawa tertuduh mendapat bantuan daripada jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah menerima surat rujukan daripada doktor untuk menerima ubat bagi rawatan psikiatri.

“Semasa kejadian, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran secara berlawanan arus jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatatacara Jenayah. “ kata peguam.

Amalina selaku majistret mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua belah pihak.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukannya pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu di kilometer 22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, Mudzyadaha boleh berdepan dengan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda sehingga tidak lebih RM50,000.

Seksyen itu juga memperuntukkan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan serta hilang kelayakan selama 10 tahun dalam hal sabitan kali kedua atau kemudiannya.

Artikle Berkaitan ;>

Penunggang Ducati cedera, motosikal terbakar

Dua maut, kereta bertembung dengan motosikal

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button