Jenayah

Penunggang Ducati cedera, motosikal terbakar

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera di bahagian belakang badan selepas tercampak ke dalam longkang di Kilometer 4.3 Lebuhraya Maju Expressway (Mex) hari ini.

Komander Operasi, Mohd. Nasir Ahmad Malik berkata, turut terlibat dalam kemalangan itu ialah seorang pemandu kereta jenis Lexus dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.24 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak serta Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi kejadian mendapati sebuah motosikal jenis Ducati Panigale telah terbakar akibat kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nasir, 95 peratus kenderaan itu terbakar dan berjaya dipadamkan.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – SM

(Visited 462 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button