Suspek conteng mural masih belum dikesan
POLIS masih mengesan lagi suspek yang menconteng mural pemimpin di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 pada Julai lalu walapun terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kualiti rendah CCTV menyukarkan mereka untuk mengesan suspek yang terlibat.
“Beberapa faktor yang menyebabkan suspek sukar dikesan antaranya lokasi mural itu yang agak terpencil, gelap dan tidak banyak CCTV di kawasan sekitar.
BACA> Terima rasuah premis perniagaan, tiga pegawai MBSA ditahan
“Rakaman CCTV yang berkualiti rendah juga menyebabkan kita sukar untuk ‘enhance’ gambar-gambar pelaku yang terdapat dalam video berkenaan.
“Bagaimanapun, kita ada cara lain untuk mengesan suspek dan serahkan kepada kami untuk tindakan seterusnya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Dalam masa sama, Baharudin memberitahu yang beberapa individu telah dipanggil untuk membantu siasatan kes berkenaan.
BACA> Jam tangan menteri hampir RM300k, nasihat rakyat perlu bersyukur walaupun gaji kecil
Pada 20 Julai lalu, media sosial kecoh selepas seorang lelaki memuatnaik gambar mural pemimpin utama negara yang telah diconteng dengan kata-kata kesat.
Susulan itu, tular satu video yang menunjukkan dua individu yang menconteng mural tersebut dalam keadaan yang gelap. -SM