JenayahNegeri

Suri rumah tak serik jual air ketum di rumah

TAK serik-serik menjual air ketum, sepatutnya pengalaman lalu dijadikan sebagai pengajaran.

Sebaliknya suri rumah berusia 40 tahun yang tinggal di Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru, Arau, Perlis ini kembali meneruskan kegiatan menjual air ketum di rumahnya sejak enam bulan lalu.

AHMAD MOHSIN MD RODI

Ketua Polis Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan ibu kepada seorang anak berusia empat tahun ini yang merupakan suspek yang ditahan pada pukul 4 petang semalam mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Ahmad Mohsin berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik yang melakukan serbuan sehingga tetangkapnya suspek juga menemui barang kes yang diletakkan di atas lantai tandas bahagian dapur.

Berikutan itu, kata Ahmad Mohsin, 50 bungkusan plastik cerah berikat getah di mana setiap satu mengandungi cecair disyaki air ketum (anggaran 45 liter) yang bernilai RM600 telah dirampas.

Katanya, turut dirampas juga sembilan botol plastik berpenutup setiap satunya mengandungi cecair disyaki air ketum (anggaran 14 liter) yang bernilai RM90.

“Suspek mengaku bahawa barang kes adalah miliknya bagi aktiviti jual beli di sekitar kawasan Kampung Baru Kepala 10 Tambun Tulang, Arau, Perlis,” katanya.

Ahmad Mohsin berkata, suspek mendakwa menjual RM4 untuk sebungkus air ketum manakala sebotol air ketum pula dijual dengan harga RM10.

“Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman suspek selama tiga hari sehingga 5 Jun ini,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button