fbpx
Ekonomi

Sultan Ibrahim rasmi Menara JLand

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat merasmikan Menara JLand, Johor Bahru, pada 26 November.

Bangunan 37 tingkat dengan ketinggian 170 meter itu siap sepenuhnya pada Ogos 2018 dan menjadi bangunan pertama di Johor Bahru yang memperoleh Persijilan Emas bagi Indeks Bangunan Hijau (GBI) di dalam kawasan Ibrahim International Business District (IIBD).

Kedudukannya strategik kerana terletak di pintu masuk IIBD dan Iskandar Malaysia dari Singapura, selain mempunyai jaringan perhubungan yang baik dengan kawasan pertumbuhan ekonomi berdekatan seperti Pasir Gudang, Pengerang dan Iskandar Puteri.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim disambut oleh Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Johor Corporation (JCorp), Dato’ Dr. Sahruddin Jamal, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim.


Baginda Tuanku Sultan turut berkenan menyaksikan pertunjukan bunga api sebelum berkenan meninjau sekitar ‘Sky Bridge’ menara itu selepas majlis santapan malam.

Show More

Related Articles

Back to top button