Ekonomi

Sukuk Kelestarian SME BANK mendapat pengiktirafan antarabangsa

SUKUK Kelestarian SME Bank yang diterbitkan pada Ogos lalu telah berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya menerima Anugerah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Hijau ASEAN Terbaik dan Anugerah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Terbaik di ‘15th Annual Deal and Solution Award 2021’ oleh Alpha South East Asia, sebuah penerbitan pelaburan institusi yang berpusat di Hong Kong.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini menunjukkan usaha yang diambil oleh SME Bank untuk menerbitkan Sukuk Kelestariannya diperakui mencapai standard  peringkat dunia dan ini adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Ia juga membuktikan bahawa permintaan terhadap Sukuk Kelestarian mula meningkat dalam industri pasaran modal negara.”

Tambah Aria, “SME Bank akan menggunakan terbitan Sukuk Kelestarian ini bagi menawarkan kemudahan pembiayaan yang berinovatif untuk PKS, bagi projek-projek berteraskan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), yang akan memberi impak positif kepada masyarakat dan persekitaran. Secara khususnya, penerbitan Sukuk ini akan digunakan untuk membiayai projek yang terangkum di bawah 11 daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG PBB). Dengan terbitan Sukuk Kelestarian ini, usahawan PKS digalakkan untuk menerapkan nilai ESG dalam operasi mereka.”

Penerbitan Sukuk Kelestarian sulung bernilai RM500 juta di bawah program keseluruhan bernilai RM3.0 bilion ini juga dilihat akan menyokong pelaksanaan fokus ke-3 Bajet 2022 iaitu Ekonomi yang Makmur dan Mampan serta RMK-12 untuk mengukuhkan Agenda Kelestarian negara.

Penasihat Utama Tunggal / Pengatur Utama Tunggal untuk pelaksanaan program Sukuk Kelestarian ini adalah RHB Investment Bank Berhad dan Pengurus Pemimpin Bersama (JLM) adalah AmInvestment Bank Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan juga RHB Investment Bank Berhad. SME Bank memuktamadkan proses penetapan harga (book building) bagi penerbitan sulung tersebut dengan bidaan lebih 3.56 kali atau RM1.78 bilion daripada jumlah terbitan sebenar berjumlah RM500 juta pada kadar kompetitif 3.10%. – SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button