PolitikRencana

Sudah sampai masanya Mukhriz lebih banyak memberi dari hanya menerima nikmat

BEBERAPA hari sebelum PRU14, saya pernah membuat pendedahan dengan bertanyakan soalan berkaitan penyelewengan tanah di Langkawi melibatkan Mukhriz.

Saya minta Mukhriz jawab pertanyaan saya, sebaliknya beliau ugut mahu saman saya.

BACA > Air dicencang takkan putus…selepas Pas, bertautlah UMNO-BERSATU — Suara Merdeka

Saya sendiri pernah tuduh dan saman Dato Seri Najib, tapi tidak pernah pula Dato Seri Najib ugut untuk saman saya walaupun ketika itu beliau adalah Perdana Menteri.

Apakah Tun Mahathir dan anak-anaknya langsung tak boleh di sentuh, ditanya tentang kekayaan atau terkini dilucutkan jawatan?

Bila keluar pula pendedahan tanah balak di Sarawak melibatkan dirinya, saya turut buat pendedahan tersebut sekali lagi dengan bertanyakan soalan.

ANINA SAADUDIN

Namun kali ini Mukhriz sudah tidak lagi ugut untuk saman, sebaliknya beliau jawab “perkara tersebut (tanah balak) dah lama, saya dah tak ingat”.

Ketika beliau menuduh orang itu dan ini, senang saja beliau ronda satu Malaysia menghasut rakyat sesuka hati.

Bila orang bertanya tentang penyelewengan melibatkan dirinya, beliau ugut dengan saman atau jawab “saya tak ingat”.

BACA > Johor bakal gegarkan politik Malaysia pada 7.3 skala richter — Suara Merdeka
BACA > Untuk elak tidak difahami, elok Siti Kasim tulis dalam BM — Suara Merdeka

Saya nak ingatkan Mukhriz bahawa kini beliau hilang jawatan sebagai MB Kedah dan hilang semua jawatan dalam BERSATU termasuk keahlian sekali.

Allah boleh beri segala-galanya tapi ingatlah bahawa Allah jua boleh ambil balik semuanya pada bila-bila masa.

Saya nasihatkan Mukhriz supaya bersyukur kerana beliau masih kaya-kaya dengan harta berbillion dan Allah masih berikan dirinya kesihatan serta kebahagian keluarga.

Bersyukur lah dengan nikmatNya, redha lah dengan nikmat yang masih terlalu banyak diberikan oleh Allah.

Mungkin sudah sampai masa untuk Mukhriz lebih banyak memberi dari hanya menerima.

Ingatlah pesan arwah neneknya sendiri kepada Tun Mahathir supaya berhenti makan sebelum kenyang.

BACA > Isham Jalil dilantik Ketua Penerangan BN Selangor — Suara Merdeka
BACA > LKS tuduh kerajaan cari alasan baharu tangguh sidang Parlimen — Suara Merdeka

Ini masa yang tepat untuk Mukhriz bersara.

Anina Saadudin
Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

*Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Suara Merdeka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button