Nasional

Bekas calon PRU-14 terlibat aktiviti proses dan edar dadah sejak Oktober lalu

Seorang ahli politik ditahan selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah di Pudu, Kuala Lumpur hari ini.

Suspek yang berusia 35 tahun yang juga bekas calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 itu menghasilkan dadah sendiri untuk dijual dengan harga RM300 sebotol.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly kamaruddin berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 1.45 petang.

“Kita turut merampas 40 botol yang mengandungi 400 milimeter (ml) cecair dadah, wang tunai RM250 dan sebuah motosikal.

“Soal siasat suspek membawa kepada serbuan di rumahnya yang Ampang, Selangor kira-kira pukul 7.30 petang,” katanya.


Menurut Saiful Azly, serbuan itu menemukan sembilan pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja (RM3,000) serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC (RM53,100).

Ujarnya, suspek juga mengaku yang dia terlibat dengan aktiviti itu sejak Oktober lalu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 27 Januari. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama,” katanya.

Difahamkan, isteri bersama pembantu rumah suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut. -SM

(Visited 1,051 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button