Nasional

Subsidi 2 minggu tiket penerbangan Aidilfitri terlalu tinggi

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kos untuk kerajaan memberi subsidi tiket kapal terbang bagi perjalanan sehala kelas ekonomi dari Semenanjung ke Malaysia Timur selama dua minggu sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang adalah terlalu tinggi,

Loke mengulangi bahawa inisiatif itu yang juga terpakai pada beberapa perayaan lain adalah daripada Kementerian Pengangkutan sendiri tanpa pembiayaan khusus Kementerian Kewangan.

“Sudah tentu, jika boleh, saya mahu ia dilaksanakan sepanjang tahun tetapi ini adalah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Walau pun hanya untuk tiga hari, ia menelan belanja berjuta ringgit,” tegasnya.

Loke mengakui memahami sentimen itu tetapi ini adalah batasan yang pengguna harus hadapi dan dari segi sumber kewangan, ia tidak mencukupi untuk menampung kos subsidi tambang penerbangan selama dua minggu.

Untuk makluman semua, tambang maksimum RM599 untuk penerbangan sehala kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan hanya terpakai untuk perjalanan tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Inisiatif itu juga dilaksanakan semasa perayaan Krismas dan Tahun Baharu Cina dan akan terpakai semasa Hari Kaamatan dan sambutan Hari Gawai.

Sebelum ini, Barisan Pengguna Sabah menggesa inisiatif itu dipanjangkan kepada dua minggu untuk membolehkan lebih ramai penduduk dari Malaysia Timur menikmati harga tiket penerbangan yang munasabah apabila pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, tawaran ketika ini tidak adil kepada mereka yang tidak dapat mengambil cuti semasa cuti Hari Raya, kerana mereka terpaksa bekerja dan pulang ke kampung halaman selepas perayaan berakhir. – SM

BACA Penganjur festival Aidilfitri mengaku tak salah tipu penyewa tapak

BACA MYAirline gantung operasi serta merta, tindakan tidak bertanggungjawab-Anthony Loke

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button