Hiburan

Suami yang tak nak jumpa anak sendiri – Lufya Omar

WALAUPUN sudah terputus hubungan sebagai suami isteri sejak 17 Jun lalu, Lufya menegaskan yang dia tidak pernah menghalang suaminya untuk bertemu dengan anaknya, Laana Haura.

Menurut Lufya, sudah banyak kali dia memberitahu bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 30, untuk datang bertemu dengan anaknya.

“Saya ada segala bukti dalam bentuk mesej berkenaan kebenaran untuk dia bertemu dengan anaknya.

“Dia pernah cakap tak nak datang rumah. Saya pesan pada dia nak jumpa di mana-mana pun boleh.

BACA> Bangga dapat ‘mask’ percuma selepas maki pengawal keselamatan

“Kalau tak mahu datang rumah, ada taman permainan, perpustakaan, di situ pun boleh jumpa. Tapi dia yang tak mahu,” katanya ketiak ditemui selepas majlis pelancaran platform digital Nurflix di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam semalam.

Menurut Lufya, dia tidak kisah dengan perkara lain melibatkan hal perkahwinannya tetapi bila menyentuh soal anak, dia akan sebak.

Apatah lagi selepas bapa kepada anaknya langsung tidak berjumpa sejak mereka berpisah.

“Bila saya tunjuk gambar, Laura tahu yang itu adalah bapanya cuma saya tidak tahu sama ada dia pasti tak dengan apa yang sedang berlaku,” jelasnya.

BACA> Sudah dipinang, Mira Filzah sedia bergelar isteri

Lufya dan bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 30, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 17 Jun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button