Suami terkejut rezeki masuk sekelip mata selepas hadiahkan isteri kasut baru
Seorang pengguna Twitter @RMMursyid berkongsi pengalaman, dia mendapat rezeki sekelip mata dalam satu hari selepas membelikan isterinya sepasang kasut baharu.
Suami yang hebat adalah suami yang mampu membahagiakan isteri mereka serta memberi kelengkapan yang cukup untuk si Isteri.
Begitulah seorang lelaki bernama Raja Mursyid membahagiakan isterinya.
Menurutnya, sebelum ini dia kurang yakin dengan kata-kata orang ramai iaitu membahagiakan isteri boleh di limpahkan rezeki berlipat kali ganda.
Namu satu pengalaman yang membuatkan dia mula percaya dengan perkara tersebut.
Dia mula membuka cerita, sebelum ini isterinya sering mengadu sakit kaki kerana penat berdiri memadangkan isterinya bekerja dalam bidang F&B malah sudah berbulan-bulan merancang untuk membeli kasut baru.
Tetapi kasut yang ingin dibelinya itu agak mahal sehingga boleh mencecah harga tida hingga empat ratus sepasang.
Namun pada Ahad lalu 30 April, lelaki ini buka gerai jualan kopi selepas berbulan-bulan menghentikan operasi.
“Nak jadikan cerita isteri aku cuti pada tersebut tetapi nak membantu aku mengendalikan booth berkenaan.
“Sebagai upah kerana membantu di gerai itu, aku bawa isteri ke pusat membeli belah Mytown di Cheras, memadangkan dia pun nak cari yang selesa.
Jelasnya lagi sudah beberapa kedai masuk oleh mereka untuk mencari kasut yang sesuai dan kena dengan saiz kaki.
Akhiknya mereka jumpa kasut yang ingin debli di jenama kedai Al–Ikhsan namun harganya pula mencecah ratusan ringgit.
“Tak pa lah. Aku fikir ada sikit untung jualan kopi tadi, bolehlah top up dari bajet sebenar aku. Gembira hati isteri aku keluar kedai.
“Dalam hati aku, tak pelah. Bukan selalu untuk isteri sendiri, biar dia happy”
Dengan tidak disangka-sangka dia menerima 3 permintaan untuk menempah kedai kopinya dalam satu hari.
Lantas dia terus tersedar dan terus membuka mata tentang kenyataan membahagiakan isteri itu boleh meluaskan rezeki.