Hiburan

Suami Mira Filzah ‘trending’, netizen minta jangan terlalu obses

PERKAHWINAN di antara Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar pada minggu lalu memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi disiarkan secara langsung di televisyen.

Ramai juga yang memuji suami kepada Mira yang dilihat begitu sopan dan romantis hingga setiap gerak gerinya pada malam itu menjadi tumpuan.

Walaupun sudah empat hari berlalu, nama Emir masih ‘trending’ di laman Twitter dek kerana luahan rasa tidak puas hati netizen.

Bukan tidak puas hati dengan Emir, tetapi netizen menyatakan rasa kurang senang mereka dengan orang yang begitu obses terhadap lelaki tersebut.

Rata-rata tidak menafikan yang Emir pada malam perkahwinannya itu nampak seperti lelaki yang diidamkan setiap wanita.

Tetapi terlalu obses sehingga apa sahaja yang dilakukan Emir menjadi tumpuan dianggap sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Terdapat juga sesetengah netizen yang menjadikan sikap obses terhadap Emir itu sebagai bahan jenaka dalam bentuk gambar.

Menurut seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Eddy, apa yang dilakukan Emir sebenarnya ialah menjadi diri sendiri dan tiada apa yang perlu dikagumkan.

Seorang lagi pengguna Twitter bernama Shxfyy bekata, dia mengakui Emir dilihat sebagai seorang yang sangat romantis.

Tetapi menurutnya, tidak perlulah menilai Emir seperti orang lain apatah lagi setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tidak salah untuk kita memuji gerak geri seseorang yang kita minat tetapi untuk menilaikannya dengan orang lain adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button