Kemalangan

Leher kanak-kanak lelaki 3 tahun tersepit di jeriji pintu hadapan rumah

Tindakan pantas 7 minit anggota bomba berjaya melepaskan mangsa

TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang lehernya tersepit di celah-celah jeriji pintu hadapan rumahnya.

Kejadian berlaku di Bandar Puchong Jaya, Kuala Lumpur dan pastinya detik mencemaskan itu meninggalkan kesan trauma ke atas mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, ketika kejadian , kanak-kanak itu sedang bermain di rumahnya pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

“Kanak-kanak itu tersepit di jeriji pintu rumah dan bomba terpaksa menggunakan alat penjarak (spreader) untuk mengeluarkannya,” katanya kepada BERNAMA.

Norazam berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong mengambil masa kurang daripada tujuh minit untuk memotong jeriji dan melepaskan kanak-kanak yang tersepit itu. – SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button