Belang Bertempat

Status Kongres Ekonomi Bumiputera, ke arah mana?

SEHARI dua ini, sudah heboh diperkatakan, Kerajaan telah merancang untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) tahun depan, 2024.

Antara yang menjadi topik tumpuan dalam KEB itu berkaitan dengan ketika ekonomi dunia dijangka lembab berikutan kesan perang di Ukraine dan Palestine ke serata dunia.

Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan/Kos Sara Hidup dan Aduan Awam PUTRA, Datuk Asmawar Samat berkata, Parti PUTRA melalui Tik Tok terbitan 18 September lalu telah melahirkan kekecewaan berikutan kegagalan KEB sebelum in.

PUTRA mencadangkan supaya dianjurkan Kongres Menangani Kos Sara Hidup berikutan kenaikan harga barangan berbanding pendapatan yang tidak meningkat serta masalah pengangguran.

Beliau berkata, belum lagi keluar respon daripada pihak kerajaan, namun YB Senator (MCA) Dato’ Sri Tan Lian Ker, Ahli Dewan Negara, melalui Tik Tok pada 8 Disember 2023, ucapannya di Parlimen telah mengesyorkan agar KEB digantikan dengan Kongres Ekonomi Nasional (Malaysia) untuk semua kaum.

“Alasan beliau KEB kononnya dianggap gagal kerana telah diambil kesempatan dan menguntungkan pihak-pihak tertentu  sahaja.

“Sekiranya negara mahu maju kehadapan, semua rakyat Malaysia perlu dilibatkan dalam Kongres baru,” katanya.

Asmawar dalam kenyataannya  berkata, Parti PUTRA berpandangan, keutamaan pada tahun 2024 adalah untuk membincangkan Kos Sara Hidup rakyat yang semakin meningkat dan menghimpit rakyat.

Alasan beliau, strategi bagi menangani perkara ini perlu melibatkan semua pihak dalam kerajaan, swasta, syarikat, NGO dan orang perseorangan.

Katanya lagi, apabila cabaran ekonomi agak getir dan melibatkan semua lapisan rakyat, barulah semangat ‘sepasukan senegara’ akan muncul dan memerlukan kerjasama erat bagi menanganinya.

“Sesungguhnya kejayaan agenda ekonomi negara perlu melibatkan semua lapisan rakyat secara total dan tersusun, suatu perkara yang tidak wujud sebelum ini.

“Setelah adanya semangat berkongsi kekayaan dan kemesraan maka perkara itu akan menjadi faktor lonjakan (trajectory) bagi melipatgandakan usaha sehingga berjaya di tahun-tahun berikutnya,” ujar beliau.

Asmawar juga berkata, dalam masa yang sama penyusunan semula ekonomi negara dan hubungan antara kaum akan dapat dilakukan dengan rapi, teliti dan muhibah.

Kongres Ekonomi akan datang, mungkin tahun 2025/26, samada atas nama untuk Bumiputera atau Negara (Malaysia), akan menjadi mudah dalam melangsungkan bedah siasat (post-mortem) mengikut kumpulan kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Bumiputera lainnya, katanya dalam kenyataan yang sama.

Tambah beliau, bedah siasat lapisan ekonomi rakyat adalah perlu bagi memastikan objektif, visi, misi dan KPI menyusun semula ekonomi dan masyarakat benar-benar tercapai dan menepati sasaran masyarakat Madani.

Namun begitu, jelas Asmawar, perlu diambil ingat bahawa tujuan asal KEB bukan sahaja bagi meningkatkan ekonomi Bumiputera agar tidak terus ketinggalan tetapi membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara tanpa sebarang pergeseran dan kacau bilau.

“Sebarang kelemahan di masa yang lalu, sejak bermula pada tahun 1965, seperti rasuah, ketirisan dan tidak mencapai sasaran Bumiputera bawahan, harus dibendung daripada berulang,” katanya.

Beliau berkata, walaupun KEB dilihat oleh banyak pihak sebagai gagal menepati kumpulan sasar bawahan, perancangan harus disusun semula agar mereka tidak merasa kecewa, seolah-olah mahu dilupakan, dan tumpuan kepada mereka mahu dialih dan diagihkan pula kepada kaum-kaum yang lain.

“Terbaik sekiranya pelaksanaan strategi ekonomi baru secara kolektif, efektif dan efisien dapat disusun bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Diharapkan nanti, melalui penjenamaan baru, rakyat keseluruhannya akan merasa lega, selesa, bersatu padu dan hidup harmoni  dan aman antara satu sama lain di bumi bertuah yang kaya dengan hasil mahsul ini,” katanya.

Pada pandangan Asmawar, semua kaum harus bekerjasama dan saling membantu memperkasa ekonomi negara dengan mengenepikan perbezaan fahaman politik daripada mengekang kemajuan dan merugikan generasi masa depan.

“Masa itu adalah emas dan tugas untuk memaju dan memakmorkan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

“Moga Allah SWT merahmati dan merestui apa yang kita rencanakan demi untuk kebaikan negara Malaysia tercinta,” katanya. – SM

BACA Kongres Nasional PKR jadi tumpuan, medan selesai ‘kemelut’

BACA Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan tahun depan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button