Ekonomi

SSM sumbang wakalah zakat korporat RM29,000

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM29,000 dalam Majlis Penghayatan Nilai dan Makna Ramadan SSM serta Majlis Berbuka Puasa SSM pada 27
Februari 2024.

Semasa Majlis Penghayatan Nilai dan Makna Ramadan SSM yang diadakan di Menara SSM@Sentral ini, SSM telah menyantuni dua pusat pengajian Islam dan sebuah masjid melalui sumbangan WZK berjumlah RM15,000.

Sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al Quran Syazwan, Institusi Pengajian Al-Quran dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN). Datuk Armizan Mohd Ali

Turut serta Ketua Setiausaha KPDN, Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar,  Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof;  Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datukl Seri Hishamudin Md Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif
SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail.
mengikuti tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Datuk

Sementara itu, SSM juga menyantuni Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad dan Surau Al Husna Seri Semarak dengan sumbangan WZK berjumlah RM14,000 sempena Majlis Berbuka Puasa SSM yang berlangsung pada hari yang sama.

Sumbangan yang telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM ini bertujuan meringankan beban sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Ahmad Sabki turut meluangkan masa beramah mesra dengan penerima sumbangan yang hadir, di samping menikmati juadah berbuka puasa bersama mereka.

Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara.

Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button