Sukan

Spurs pecat Mauricio Pochettino

TOTTENHAM Hotspur telah memecat Mauricio Pochettino ekoran prestasi hambar pada musim ini yang mana kelab itu kini berhempas-pulas pada kedudukan yang kurang stabil.

Jurulatih asal Argentina itu sudah lima setengah tahun bersama Spurs dan berhadapan dengan pemantauan ketat apabila pasukan itu merosot ke tangga 14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Setakat ini Spurs hanya mencatatkan tiga kemenangan keseluruhan, kemorosotan yang cukup nyata selepas mereka layak ke Liga Juara-Juara pada musim lalu.

Pengurus berusia 47 tahun itu sebelum ini mengendalikan Espanyol di La Liga sebelum berhijrah EPL pada 2013, pada awalnya bersama Southamton.

Pochettino berjaya mengangkat dirinya sebagai salah seorang pengurus terbaik di Eropah ketika membimbing Spurs, membawa pasukan itu ke final Liga Juara-Juara musim lalu dengan tewas kepada Liverpool di Madrid.

Ke mana Pochettino akan pergi selepas ini dan siapa akan menggantikannya di Spurs masih menjadi tanda tanya.

 

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button