JenayahNasional

SPRM tahan Abdul Malik Dasthigeer siasatan pengubahan wang haram

ABDUL Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik” telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Sumber yang rapat dengan individu itu berkata, dia ditahan awal pagi tadi di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

“Dia masih disoal siasat SPRM dan masih belum dibebaskan,” kata sumber itu kepada FMT.

Sumber daripada SPRM turut mengesahkan perkara itu sambil berkata, Malik sedang disoal siasat oleh pegawai agensi antirasuah itu

Malik ialah Pengasas dan Pengerusi Malik Group of Companies yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd dan Malik Streams Production & Distribution.

Beliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia. – SM

BACA Bekas CEO institut automotif hadapi 9 pertuduhan AMLA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button