Jenayah

SPRM rampas RM600,000 daripada dua ahli Armada

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia merampas wang dipercayai disalah guna yang berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada).

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua ahli Armada itu telah disoal siasat pada 5 Jun lalu ekoran laporan kehilangan RM250,000 di rumah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Menurut Norazlan, pihaknya turut merampas sebuah kereta berharga RM100,000 yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

Sebelum ini, Syed Sadiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang berjumlah RM250,000 pada 29 Mac lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button