Nasional

SPRM fokus siasat RM92.5 bilion dibelanja urus Covid-19

SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) fokus kepada dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika pandemik Covid-19 dengan jumlah perbelanjaan Kerajaan RM92.5 bilion.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, hanya RM92.5 bilion melibatkan dana Kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada tahun 2020 dan 2021.

Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion, kata SPRM.
“Berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button