Berita

MAIPs sumbang RM25 ribu kepada Genius Kurnia

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan RM25,000 untuk Perpustakaan Mainan di Pusat Genius Kurnia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia di Sentul, Kuala Lumpur pagi tadi.

Sumbangan berkenaan diumumkan ketika lawatan kerja Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Pusat Genius Kuala Lumpur pagi tadi.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Taklimat dipersembahkan oleh Pengarah Pusat GENIUS Kurnia, Dr. Nil Farakh Sulaiman. Baginda berdua turut melawat kelas-kelas Tamborin (intervensi awal), Gym flut, Harmonika (AKUR), Tupai (Transisi),
Nanas dan pisang (Prasekolah), Basikal (Plasi Serebrum) dan juga Bilik ‘Take Home Project’.

Lawatan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda adalah bertujuan untuk meninjau segala fasiliti dan kemudahan di pusat berkenaan untuk meneroka kerjasama bagi mewujudkan pusat seumpamanya di Perlis bersama-sama dengan Pusat Pendidikan Dan Latihan Autism (A-Heart) Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, MAIPs dan juga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut melahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang melalui MAIPs termasuklah yang menunaikan zakat, wakaf dan sedekah mereka selama ini untuk ditadbir oleh MAIPs. Baginda turut menggalakkan umat Islam agar menggunakan kesempatan akhir tahun untuk menunaikan zakat bagi tahun 2022 ini.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button