fbpx
Politik

Speaker tolak permohonan Shafie usul undi percaya kepada Dr. Mahathir

USUL permohonan undi percaya Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal terhadap Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad ditolak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof.

Mohamad Arif berkata, beliau tidak membenarkan usul permohonan bertarikh 4 Mei itu kerana tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan jawatan Perdana Menteri.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perana Menteri,” kata Mohamad Arif.

Sebelum itu tersebar di media sosial surat daripada Shafie kepada Mohamad Ariff bagi memohon izin majlis membawa satu usul dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Dr. Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Sebelum ini Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang antara yang paling kuat mendesak supaya diadakan sidang Parlimen.

Alasan beliau ialah supaya memastikan Malaysia tidak dilihat di mata dunia sebagai negara yang menjadikan wabak tersebut sebagai alasan untuk melemahkan fungsi dan meminggirkan Parlimen.

Katanya, Pardana Menteri, Tan Sri Muhyiddin harus mengadakan Sidang Parlimen Khas berkaitan pandemik Covid-19 pada bulan April dan ia harus bersidang lebih daripada sehari bermula 18 Mei ini, kerana kita tidak mahu dilihat dunia sebagai sebuah negara yang menggunakan alasan pandemik untuk melemahkan dan meminggirkan fungsi Parlimen, apatah lagi mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. -SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!