BanjirNasional

Special Task Force Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir & Langkah Pasca Banjir Difokuskan!

“Special Task Force telah diwujudkan untuk menghadapi gelombang kedua banjir. Kita tak mahu bersifat reaktif tetapi proaktif dengan tumpuan mitigasi bencana,” ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Itulah penegasan Perdana Menteri dalam usaha menangani banjir pada masa akan datang sekali gus berusaha untuk mengubati kesengsaraan mangsa banjir secara efektif.

Dalam perkongsian Ismail menerusi Facebook miliknya lagi, Perdana Menteri berpendapat langkah-langkah pasca banjir perlu lebih difokuskan agar tiada masalah lain timbul.

“Kerja pasca banjir ini lebih rumit kerana ianya melibatkan keperluan peralatan pembersihan, pembaikan rumah dan pengurusan dana.

“Ini perlukan koordinasi yang tepat kerana ianya perlu segera,” tulis Ismail dalam Facebook rasmi miliknya semasa menjalani program Gotong-Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button