BanjirPolitik

Skuad Prihatin Johor: Harungi Banjir Cuma Perkara Biasa Asalkan Kebajikan Mangsa Dipulihkan!

Mengharungi banjir demi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini tidak menjadi sebarang masalah. 

Sebaliknya ia dianggap sebagai satu perkara biasa asalkan niat dan hajatnya memberi manfaat sekali gus kebajikan mangsa boleh dipulihkan. 

Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Pulai, Ruzana Tampong dalam media sosialnya berkongsi beberapa bantuan dan gerak kerja yang telah dibuat. 

Ruzana yang juga merupakan Pengerusi Sukarelawan NGO dan Khidmat Masyakarat Negeri Johor kini sedang aktif mencari lebih ramai sukarelawan. 

“Bagi Program Bantuan Pasca Banjir 2.0, terdapat dua lokasi yang akan dituju seperti di Dengkil, Sepang dan juga Hulu Langat. 

“Setakat ini, Skuad Prihatin Johor telah menerima lebih 100 permohonan daripada pelbagai individu yang ingin menjadi sukarelawan,” katanya. 

Turut memberi sokongan dalam memurnikan usaha Skuad Prihatin Johor, Ketua Srikandi Negeri Johor Datuk Azlinda Abdul Latif.

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button