BanjirNasional

“Semua Agensi, Jangan Rumitkan Urusan Mangsa Banjir Dengan Karenah Birokrasi!” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana memudahkan urusan mangsa banjir.

Ismail juga dalam Facebook miliknya menyeru kepada semua agensi yang terlibat jangan sesekali merumitkan urusan mangsa banjir dengan karenah birokrasi.

“Saya menyeru kepada semua agensi, janganlah dirumitkan urusan mereka kerana kerenah birokrasi.

“Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan sudah pun salurkan wang kepada Kerajaan Negeri, maka tidak ada alasan untuk tangguh berikan pada mangsa,” katanya.

Ismail berkata demikian semasa melawat salah sebuah kediaman mangsa banjir menjadikan Ayu sebagai salah satu contoh mangsa banjir yang perlu disantuni.


“Saya pergi dari rumah ke rumah di Hulu Langat. Ternyata kerosakan di sini agak teruk. Seperti rumah Puan Ayu ini, boleh dikatakan besar kemusnahan yang dialami.

“Saya beri kata semangat kepada Puan Ayu dan beritahu tentang bantuan-bantuan yang ada. Dalam keadaan seperti sekarang, matlamat kita adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir seperti Puan Ayu,” tulisnya.

(Visited 189 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button