SONY Group Corp. akan terus mengeluarkan konsol PlayStation 4 sepanjang tahun 2022 penyelesaian sementara gangguan kepada rantaian bekalan global yang mempunyai pengeluaran terhad PlayStation 5 yang menjadi lebih mahal.
Menurut Sony, konsol PS5 baharu itu mengalami masalah kekurangan bekalan sejak ianya mula diperkenalkan pada November 2020 dan dalam satu kenyataan akhir tahun lalu bahawa ia akan terus membuat konsul generasi awalnya sehingga tahun ini,
Walaupun Sony tidak pernah mengumumkan secara rasmi bila ia akan berhenti membuat PS4, ia sebelum ini merancang untuk menghentikan pemasangan pada penghujung 2021 menurut laporan media antarabangsa Bloomberg.
Strategi yang diumumkan itu menjangkakan penamabahan penghasilan kira-kira satu juta unit PS4 tahun ini untuk membantu mengimbangi beberapa tekanan ke atas kekurangan pengeluaran PS5, angka yang akan diselaraskan sebagai tindak balas kepada permintaan. Konsol terdahulu dihasilkan menggunakan cip yang kurang canggih, lebih mudah dibuat dan menyediakan alternatif mesra bajet kepada PS5.
Dengan meningkatkan pesanan pengeluaran tambahan PS4 yang lebih murah dilihat akan memberi kelebihan pada pihak Sony apabila berunding dengan rakan kongsi pembuatan untuk mendapatkan tawaran kos pembikinan yang lebih baik.
Jurucakap Sony mengesahkan pengeluaran PS4 akan diteruskan tahun ini dan berkata syarikat itu tidak merancang untuk berhenti membuat konsol itu. “Ia adalah salah satu konsol terlaris yang pernah ada dan sentiasa ada persilangan antara generasi,” kata syarikat itu.
Perancangan asal Sony dengan pengenalan konsol PlayStation 5 adalah untuk membuat peralihan pantas kepada perkakasan terkini, menurut ketua PlayStation Jim Ryan. Tetapi wabak Covid-19 telah memperlahankan pembangunan perisian di seluruh industri permainan video serta mencetuskan lonjakan dalam permintaan perkakasan yang mengakibatkan mereka behadapan dengan masalah beklan komponen paling asas terhad. Kesannya, konsol PS5 sukar ditemui dan tidak mencapai portfolio kukuh sebagai permainan eksklusif yang mesti dimiliki.
Sebagai rekod PS4 dikeluarkan pada 2013, telah terjual lebih daripada 116 juta unit setakat ini dan kekal sebagai pilihan popular di kalangan pemain. Ia masih menyediakan sebahagian besar pendapatan bahagian permainan Sony daripada langganan dan jualan perisian.
Walaupun produk permainan video kekal sebagai sumber terbesar pendapatan Sony, gergasi elektronik Jepun itu telah mula meneroka arena baharu untuk mengekalkan pertumbuhan. Ia sedang bersedia untuk mengeluarkan set perkakasan realiti maya yang lebih berkuasa untuk memanfaatkan permainan dan aplikasi masa depan dalam apa yang dipanggil metaverse dan mereka juga sedang mempertimbangkan untuk melancarkan kenderaan elektriknya sendiri pada masa hadapan. – SM