Luar Negara

Masyarakat dunia waspada jangkitan serentak Covid-19

Amaran wujud penyakit pernafasan lain

MASYARAKAT dunia digesa bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak Covid-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga akan datang. Amaran itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Dr. Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO berkata pada sesi taklimat media, keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga.

“Lebih 15 juta kes baharu jangkitan Covid-19 di seluruh dunia telah dilaporkan pada minggu lepas iaitu bilangan terbanyak kes dilaporkan dalam tempoh seminggu,” katanya menurut laporan Xinhua.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, peningkatan kes didorong oleh varian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara.

Setakat ini, jumlah kematian mingguan kekal sejak Oktober tahun lepas dengan purata 48,000.

Meskipun bilangan pesakit dimasukkan ke hospital meningkat di kebanyakan negara, ia tidak berada pada tahap seperti gelombang sebelum ini.

“Kemungkinan varian Omicron tidak terlalu serius serta imuniti daripada vaksinasi yang semakin meluas atau jangkitan sebelum itu,” kata Ghebreyesus.

Beliau berkata, “Mari kita jelaskan: Omicron menyebabkan simptom kurang serius berbanding Delta tetapi kekal sebagai virus berbahaya terutamanya bagi mereka yang tidak divaksin.”

WHO sentiasa memberi amaran bahawa jumlah kes yang tinggi bakal membebankan sistem kesihatan. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button