Alam SekitarNegeri

Sarawak berhadapan hujan berterusan hingga Sabtu ini

BANJIR di bahagian Semenanjung dan hujan baru reda, Sarawak pula berdepan dengan hujan berterusan dan anging kencang sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu ini.

Dalam kenyataannya di Facebook, MetMalaysia memaklumkan, ia membabitkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dan (Waspada) di beberapa kawasan di Sarawak.

Amaran hujan berterusan (Buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

Berdasarkan kenyataan MetMalaysia, amaran hujan berterusan (Waspada) dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan iaitu Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).


“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

Penduduk di kawasan-kawasan terbabit haruslah berhati-hati dan sentiasa mengikuti ramalan MetMalaysia di semua portal berita. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button