Nasional

Skim pelaburan like & share media sosial catat kerugian mangsa lebih setengah juta

SEBANYAK RM689,146 wang jumlah kerugian yang dicatatkan melalui sindiket pelaburan like & share secara atas talian yang didakwa mampu menjana wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya menerima 46 laporan polis bagi tempoh Oktober hingga November lalu.

“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan melibatkan platform seperti Like & Share; Isharefans; Zan Zan Le; Test Fight dan Queqiabao,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin, modus operandi yang dilakukan sindiket ialah dengan menerusi iklan di Facebook dan mangsa perlu berhubung melalui aplikasi Whatsapp dengan pihak admin (suspek) skim pelaburan tersebut.

Jelasnya, suspek kemudian akan memberikan satu pautan laman sesawang yang memerlukan mangsa untuk memberikan nombor telefon serta akaun bank.

“Suspek akan berikan satu kod untuk melihat jumlah keuntungan yang didaftarkan di atas nama mangsa.

“Mangsa juga dikehendaki melakukan tugasan seperti menekan butang like & share di laman Tik Tok atau YouTube dengan setiap tugasan akan menerima bayaran sebanyak RM1.00 dengan 20 kali like dan share.

“Keuntungan juga akan dibayar ke dalam akaun bank mangsa. Namun, jika mangsa ingin menambah keuntungan, mereka akan ditawarkan pakej dengan nilai RM99 hingga RM9,999 bagi peringkat yang tertinggi.

“Kebanyakan mangsa akan menerima keuntungan pada awalnya namun mula sedar ditipu selepas jumlah keuntungan yang dijanjikan tidak dapat dikeluarkan,” katanya.

Jelasnya, pada 26 Noveber lalu, pihaknya telak melakukan pemeriksaan ke atas premis Revorits IT Solutuon Sdn. Bhd di KL Eco City namun premis tersebut telah ditutup pada 9 November.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan pelaburan atas talian di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa perlu berusaha bersusah payah.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjur daripada sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM), Security Commision (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk melabur. -SM

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button