fbpx
Hiburan

Siti Sarah didakwa hina orang asli, netizen panas hati

SIAPA yang tidak marah kalau dalam kata-kata kita terdapat unsur penghinaan baik melibatkan fizikal ataupun latar belakang seseorang itu.

Itulah yang terjadi selepas penyanyi, Siti Sarah dikecam netizen kerana didakwa mengeluarkan ayat yang seolah-olah menghina orang asli.

Siti Sarah mungkin tidak berniat untuk mengelurkan kenyataan berunsur hinaan tetapi ramai yang nampak tidak puas hati dengan ayatnya itu.

Dalam rakaman video yang ditularkan seorang pengguna Twitter itu, Siti Sarah dikatakan sedang mempromosikan produk oleh seorang pendandan rambut yang popular di kalangan selebriti.

Ketika itu, Siti Sarah memaklumkan bahawa orang yang memakai tudung juga perlu menggunakan produk itu untuk mencuci rambut mereka.


“Walaupun pakai tudung, kena guna produk ini sebab kalau buka rambut tak bau tengit.

“Jadi, walau bertudung kena datang tempat ini, sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli,” katanya.

Video tersebut tular di laman sosial dan mengundang kemarahan netizen kerana menghina fizikal orang lain semata-mata untuk mempromosikan produk.

Dalam pada itu, difahamkan Siti Sarah akan mengadakan satu sesi sidang akhbar khas untuk menjelaskan situasi sebenar pada Isnin ini. -SM

(Visited 5 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button