Hiburan

Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan

HANYA menumpukan untuk menghiburkan peminat dan bukannya mengejar pengiktirafan, itu pendirian penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang 28 tahun menempa nama dalam industri seni.
Walaupun ramai merasakan beliau layak dikurniakan gelaran Biduanita Negara, namun bagi Siti beliau tidak mengejar pengiktirafan.
Sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
“Dalam satu masa, saya ucapkan alhamdulillah. Namun, dalam sisi lain pula, saya menganggap, kalau perkara itu nak terjadi atau pengiktirafan itu ingin diberikan, sampai masanya akan dapat juga,” katanya.
Walau apapun yang berlaku, katanya, fokus hanyalah untuk menghasilkan karya terbaik selain menghiburkan para peminat yang telah menyokongnya selama ini.
Katanya, beliau tidak terlalu berharap pada pengiktirafan kerana kerja-kerja yang saya lakukan ini memang minat dan kesukaan saya.
“Saya juga suka melihat peminat saya gembira. Saya pun tidaklah terlalu memikirkan sangat tentang ganjaran bila buat sesuatu perkara.
“Saya buat semua ini kerana ia menggembirakan hati saya. Saya rasa senang dan seronok bila dapat menggembirakan hati orang lain,” ulasnya lagi.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Siti akui teruja perjalanan seninya sudah pun meniti usia genap 28 tahun.
(Visited 15 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button