BeritaPendidikanRencah Hidup

Sistem reproduktif manusia diajar pada murid Tahun 5

PdPR celikkan mata ibu bapa, penjaga

PELAJARAN Kesihatan yang diajar kepada murid-murid berumur 11 tahun atau pun belajar di Tahun 5 berkaitan dengan sistem reproduktif lelaki dan wanita, membuatkan penulis secara peribadi, terkedu.

Masakan tidak, dalam usia 11 tahun, anak-anak diajar tentang sistem reproduktif yang mana pada peringkat usia 16 tahun, baharulah subjek biologi kemanusiaan diajar di sekolah.

Itupun di peringkat sekolah menengah di tingkatan empat, baharu diajar tentang sistem reproduktif lelaki dan wanita.

Mungkin ada kebaikan jika pelajaran berkaitan dengan persenyawaan diajar pada murid Tahun 5 agar mereka memahami tentang kehidupan sebenar.

Akan tetapi, apakah itu rasional yang boleh diterima kerana dalam kebaikan, ada keburukan. Jangan murid-murid ini menerima pelajaran kesihatan topik persenyawaan secara ‘surface’.

Rasanya ibu bapa yang bekerja di rumah atau work from home (wfh) perlu memberi penjelasan bagi pemahaman yang lebih kepada anak yang mengikuti kelas PdPR (secara online).

Senario anak-anak belajar di rumah secara PdPR membuatkan ibu bapa lebih celik mata dan mengetahui apakah subjek yang diajar oleh guru itu, perlu penjelasan yang lebih daripada ibu bapa ataupun penjaga.

Selain daripada subjek Kesihatan, mendengar guru mengajar Bahasa Inggeris, penulis tergamam sebentar.

Mengapa? Kerana ketika mengajar Bahasa Inggeris, pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan ialah memberi penjelasan dalam Bahasa Melayu.

Kaedah ini pada pandangan penulis, adalah kurang tepat kerana mengajar Bahasa Inggeris, guru tidak boleh campur aduk dengan Bahasa Melayu walaupun untuk memberi pemahaman kepada murid.

Di sini diberikan contoh apa yang telah dilakukan oleh guru berkenaan kepada mengajar murid Tahun 5 membuat ayat dalam Bahasa Inggeris.

Beliau meminta murid PdPR membuat ayat dengan meletakkan sendi kata di tengah-tengah ayat.

Apa itu sendi kata? Istilah dalam Bahasa Inggeris ialah preposition. When do you use preposition in one full sentence? (Bilakah digunakan sendi kata dalam membuat ayat?)

Guru perlu memberi pencerahan apakah preposition dan bilakah digunakan dalam ayat. Ini termasuk ayat yang menggunkan singular atau plural.

Penulis bukanlah mahu mengajar guru berkenaan kerana menghormati profesion perguruan dan pengetahun guru itu dalam mengajar anak-anak murid melalui dalam talian atau secara online.

Cuma apabila mendengar kaedah atau pendekatan yang digunakan, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi apa dengan pembaca SUARA MERDEKA. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button