EkonomiNasional

Sinovac Tanya Pharmaniaga Beza Islam Malaysia Dengan Indonesia & Jawapannya Luar Biasa!

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope mendedahkan pihak Sinovac pernah bertanya adakah Islam di Malaysia berbeza dengan Islam di Indonesia.

Jawapannya adalah tiada yang berbeza sekali gus menguatkan penelitian Kumpulan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) untuk menghasil dan membekalkan vaksin yang berstatus halal.

Tambahan pula Majlis Ulama Indonesia telah melawat kilang vaksin Sinovac di China dan berada di sana selama hampir sebulan lebih untuk melihat proses pembuatan vaksin tersebut.

“Saya telah membaca laporan 300 muka surat daripada Majlis Ulama Indonesia. Kita meneliti, membuat kajian dan telah menghantar laporan kepada pihak JAKIM dan dalam proses permohonan halal.


“Hal ini demikian kerana kita mempunyai tatacara yang perlu dibuat melalui JAKIM. Jadi sebab itulah kita perlu membuat permohonan melalui JAKIM,” katanya kepada Suara Merdeka menerusi program Kapten Industri.

Zulkarnain berkata demikian mengulas realiti Sinovac perlu bersetuju menyambut seruan kerajaan untuk bekerjasama dengan Pharmaniaga menerusi perkongsian dan pemindahan teknologi kepakaran ke negara ini.

Mendengar pencerahan Zulkarnain, ternyata ia jauh berbeza daripada stigma yang yang dilontarkan oleh kumpulan anti-vaksin serta golongan yang sentiasa ragu-ragu dengan status vaksin.

Pertama, kedua-dua kelompok ini bukanlah pemain industri kecuali masing-masing hanya bangga mendokong teori fantasi tanpa merujuk pihak yang sewajarnya kerana ‘jalan pun mereka tidak cari’.

Hanya tahu mengarahkan jari-jemari menulis dan menyebarkan fahaman-fahaman mereka yang tidak kukuh lalu diserap oleh golongan tiada pendirian sekali gus menimbulkan kegentaran awam.

Padahal ada sahaja syarikat Malaysia yang patuh syariah sedaya upaya untuk memastikan dalam aspek kesihatan rakyat, penjagaan serta pengambilan vaksin perlu bebas daripada sebarang unsur keraguan.

Dalam temubual bersama Suara Merdeka juga, Zulkarnain mendedahkan kilang vaksin yang diuruskan Pharmaniaga cuma berada di Puchong, Selangor dan bukanlah di Beijing, China.

“Kami di Pharmaniaga sebenarnya mempunyai 300 orang saintis yang betul-betul memahami dan juga pakar dalam bidang ubat-ubatan dan vaksin.

“Objektifnya, kita perlu menghasilkan vaksin yang halal dan ia memerlukan tenaga pakar yang mahir dalam selok belok teknikalitinya,” kongsi Zulkarnain kepada Suara Merdeka.

(Visited 553 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button