Luar Negara

Singapura kembali laksanakan lockdown

Singapura terpaksa melaksanakan lockdown iaitu buat kali kedua sejak pandemik Covid-19, berikutan jumlah kes yang tidak dapat dikesan puncanya meningkat.

Negara paling berjaya menangani penularan wabak korona itu telah menyelesaikan dua dos vaksin kepada 1.284 juta penduduknya, tetapi terpaksa mengambil langkah drastik itu.

Selain itu, restoran pula hanya dibenarkan menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran.

Sekatan ketat selama empat minggu bermula 16 Mei ini dilaporkan menghampiri ‘lockdown’ yang dilaksanakan setahun lalu iaitu di awal penularan Covid-19 dikesan di rantau ini.

Memetik media tempatan, sekatan lebih ketat bagi membendung virus itu akan berlangsung hingga 13 Jun 2021 seperti diumum Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF).

Pada sidang media maya hari ini, pengerusi bersama MTF Gan Kim Yong berkata, walaupun pada 8 Mei lalu Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga namun masih terdapat peningkatan kes komuniti.

“Sejak seminggu lalu, 71 kes jangkitan tempatan dicatatkan. Sebahagian besar dikaitkan dengan kes atau kluster sedia ada. Tetapi kita mencatatkan 15 kes yang tidak punyai kaitan.

“Ini membimbangkan kerana kita tidak dapat kenal pasti punca jangkitan ini. Ini bermakna ada kes yang tidak dapat dikesan dalam komuniti,” kata Kim Yong merangkap Menteri Kesihatan.

Beliau berkata, usaha pengesanan, pengasingan dan membendung jangkitan sedang giat dilaksanakan.

Kontak rapat yang dikuarantin mungkin ada yang positif dalam beberapa hari lagi, katanya.

“Kita di bawah fasa berjaga-jaga. Kita perlu bertindak pantas untuk memutuskan rantaian jangkitan virus. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan akan diperketatkan,” ujar Menteri Kesihatan Singapura itu.

Daripada laporan The Straits Times Singapura, Kim Yong berkata, negara itu tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan kaedah vaksin dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Katanya, ini kerana ada kumpulan tertentu yang tidak dapat divaksin atas faktor perubatan.

“Vaksin salah satu cara dalam berperang COVID-19, namun kaedah lain iaitu penjarakan fizikal, pengesanan kontak juga sama penting.

“Itu adalah cara melindungi Singapura,” katanya.

Memetik laporan Bernama, baru-baru ini, Singapura melaporkan kluster baharu di Terminal 3 Bandar Changi dengan jumlah 46 kes setakat ini.

Selain itu sejak dua minggu lalu jangkitan membabitkan kluster Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Hospital Tan Tock Seng, Pusat Rawatan Komuniti Tuas Selatan dan Terminal Pasir Panjang telah dikesan.

Sehingga tengah hari semalam, kes di Singapura berjumlah 61,453 dan 11 kluster.

MIF berkata sejak semalam, Singapura sudah menyuntik lebih 3.2 juta dos vaksin COVID-19.

Kira-kira 1.9 juta individu menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala hampir 1.3 juta lagi telah disuntik kedua-dua dos, katanya.

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button