Nasionalpilihan

Sindiket dadah: Empat individu termasuk pasangan kekasih ditahan

EMPAT individu termasuk sepasang kekasih ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Ampang kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah pada 24 Ogos lalu.

Kesemua mereka ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur selepas menjalankan risikan selama dua minggu.

Suspek pertama ditahan kira-kira pukul 9.20 malam di sebuah tempat letak kereta di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang.

Dalam serbuan pertama itu, polis menemukan dadah jenis methaphetamine (66.30 gram) dan pil Erimin 5 (50 biji) di dala beg yang dipegang suspek.

Soal siasatan terhadap suspek kemudia telah membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di kawasan sama dan menahan tiga lagi suspek.

Turut ditemukan dalam serbuan kedua ialah dadah jenis methamphetamine (954 gram), ganja (376 gram) dan pil erimin 5 sebanyak 1,000 biji.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Superintenden Mohd Shokri Abdullah berkata, siasatan mendapati premis tersebut dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama 3 bulan oleh salah seorang saspek dengan bayaran sewa RM2,800 sebulan.

“Hasil ujian urin juga mendapati kesemua positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

Tambahnya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas ialah RM57,630 dan kes disaisat di bawah Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button