HiburanLuar NegaraSukan

“Simpan” dadah dalam lilin, bekas atlet sukan Olimpik ditahan

Bekas atlet renang sukan Olimpik Australia ditahan oleh polis pada Selasa lalu dan didakwa kerana terlibat dengan sindiket penjualan dadah jenis “ice” di Australia.

Scott Miller, 45, ditahan bersama seorang lagi rakannya dalam serbuan polis di dua kawasan di pinggir bandar Sydney.

Menurut pihak polis, Miller dan rakannya itu telah didakwa atas kesalahan memiliki bekalan dadah jenis metilamfetamin bernilai sekitar AS$2.0 juta (AS$1.6 juta) yang disorokkan di dalam lilin.

Selain itu juga, pihak polis turut merampas satu kilogram, kira-kira 2.2-pound dadah jenis heroin dan beberapa jenis dadah lain beserta sejumlah wang dalam serbuan berkenaan.

Jurucakap yang mengendalikan siasatan ini menyifatkan Miller sebagai ketua “sindiket jenayah” yang menjual “ice” di seluruh negeri di New South Wales.

Dahsyat!

Beliau juga mengatakan siasatan masih berlanjutan dan tuduhan selanjutnya akan dikenakan ke atas Miller.

Miller merupakan pemenang pingat perak dalam sukan renang 100-meter gaya “butterfly’ dan pingat gangsa dalam renang 4×100 meter berkumpulan pada sukan Olimpik Atlanta tahun 1996.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button