Ekonomi

Sime Darby lantik Samsudin Osman sebagai pengerusi

SIME Darby Bhd (SDB) telah mengumumkan pelantikan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Samsudin Osman, sebagai Pengerusi, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah susulan pelantikannya sebelum ini sebagai Pemangku Pengerusi Kumpulan pada Jun 2020.

Samsudin, 73, adalah pengarah penama Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan ahli lembaga pengarah SDB sejak Disember 2008.

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara dari 2001 hingga 2006 dan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 13 tahun, sehingga persaraannya pada awal tahun ini. – BERNAMA

(Visited 58 times, 1 visits today)


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button