Belang BertempatNasionalPolitik

Sidang Parlimen Malaysia Bukti Ahli Politik Utamakan Dunia Berbanding Keperluan Rakyat?

Seperti yang dinanti-nantikan, sidang parlimen adalah acara kemuncak bagi kerajaan serta pembangkang untuk menzahirkan pendapat mereka mewakili rakyat.

Namun amat menyedihkan, suasananya tetap tidak berubah di mata rakyat Malaysia mengundi apabila ada segelintir ahli politik perangainya lebih jijik berbanding haiwan.

Haiwan Lebih Faham Bahasa

Kalau tegur haiwan sekali pun.. mungkin monyet, beruang atau anjing.. pasti sesekali mereka akan faham bahasa untuk tunduk dan berlalu pergi jika melakukan salah.

Berbeza dengan haiwan yang menjelma sebagai ahli politik, ragamnya tak ubah seperti memberi peluang untuk orang dewasa menonton ‘sarkis’ secara langsung.

Di manakah nilai kesucian dan penghormatan ke atas sidang parlimen yang diadakah? Langsung tiada malah semakin membunuh hasrat rakyat untuk mempercayai sistem demokrasi.

Jika dilihat lebih jauh lagi untuk selaraskan agama Islam sebagai agama persekutuan dan bagaimana kerajaan harus tampil melawan pandemik COVID-19 ini, seperti masih ada lompong.

Pemimpin Mana Yang Fikir Hala Tuju Rakyat Selepas Mati?

Semakin angka kes meningkat, yang dilaungkan cuma kerajaan gagal, rakyat derita sampai mati namun pemimpin kebanyakan tidak tahu ke mana hala tuju hidup rakyat.

Sudah pastilah untuk kekal selamat dan tenang di alam akhirat yang kekal selamanya selepas menjalani ujian yang sementara di dunia ini.

Inilah permasalahan terbesar namun tetap ‘diterima dengan gembira’ oleh pemimpin Melayu Islam di dalam kerajaan mahu pun pembangkang yang silih berganti.

Jika pemimpin Melayu Islam yang ada dalam sidang parlimen ini membawa rakyat mendekati Allah SWT sebagai teras utama perjuangan negara pada akhir zaman, isu-isu remeh tidak akan muncul.

NGO Berteriak, Ahli Politik Tak Peduli Pun

Namun diharapkan pegar, pegar makan padi. Yang suka bersuara tentang perkara ini cuma NGO tetapi NGO tak berminat sertai politik.

Harapkan ahli politik, malu agaknya nak terapkan nilai Islam dalam jiwa rakyatnya yang semakin kosong sehingga budaya stress boleh dianggap normal?

Akhir kata, jiwa rakyat Malaysia tetap tidak akan aman selagi semua ahli politik yang ada di dalam sidang parlimen itu bekerja hanya untuk rakyat dan elaun bulanan, bukannya bekerja kerana amanah kepada Allah SWT!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button