Sukan

Peserta angkat berat catat sejarah untuk Filipina, menang emas Olimpik pertama untuk negara itu

PESERTA angkat berat, Hidilyn Diaz melakar sejarah hari ini apabila dia menjadi atlet pertama dari Filipina yang memenangi pingat emas Olimpik.

Pemenang pingat perak di Olimpik Rio De Jeneiro pada 2016 yang berusia 30 tahun dari bandar Zamboanga di selatan Filipina itu merealisasikan impiannya dalam kelas 55kg wanita di Forum Antarabangsa Tokyo.

Dia memecahkan rekod peribadinya untuk mengetepikan pemegang rekod dunia Liao Qiuyun dari China yang terpaksa berpuas hati dengan perak.

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button