Nasional

Sibu, tuan rumah sambutan Hari Malaysia

SIBU, Sarawak adalah lokasi tepat bagi menganjurkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini berikutan daerah tersebut signifikan kepada pembentukan Malaysia.

Selain menyimpan seribu kenangan, lokasi tersebut menyimpan peristiwa penting apabila berlaku perbincangan bagi menentukan kedudukan Sarawak.

Iaitu sama ada untuk mengekalkan Sarawak sebagai tanah jajahan British ataupun menyertai pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka.

Peristiwa itu penting dan seperti mana di Padang Pahlawan, Melaka apabila lokasi itu menjadi tempat pengiystiharan kemerdekaan pada malam 30 Ogos 1957.

“Sibu berperanan penting dalam sejarah pembentukan Malaysia.

“Benar, kami melalui pelbagai dugaan dan cabaran selama ini.

“Tetapi, ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita menyambut dan memperingati hari bersejarah itu.

“Pada awal pembentukan Malaysia di Sibu, terdapat rasa tidak puas hati.

“Tetapi, masa berlalu dan kini kita telah mengecapi kemakmuran negara dan seharusnya kita saling hormat-menghormati.”

Kata Bekas Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCI) Dr Gregory Hii Sui Cheng dipetik laporan Bernama hari ini.

Di sibu, lokasi yang menyaksikan peristiwa bersejarah itu berlaku di rumah mendiang Tan Sri Ling Beng Siew yang ketika itu merupakan Presiden Cina Sarawak (SCA).

Rumah tersebut kini di namakan sebagai Rumah Malaysia beralamat di No. 25 Jalan Lanang. Ia dinamakan sedemikian pada 29 Ogos 1983 dan juga diisytihar sebagai tempat bersejarah.

Pada Julai 1963, ke semua pemimpin politik tempatan dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Negara Sarawak (Panas), Barisan Rakyat Jati Sarawak (Barjasa) SCA dan Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) berkumpul.

Ketika itu mereka berbincang untuk memilik kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Kini, dunia dilanda pandemik Koronavirus (Covid-19), Malaysia tidak terkecuali menerima impak daripada penularan virus tersebut.

Oleh demikian, tiada sambutan besar-besaran bagi meraikan Hari Malaysia pada tahun ini, namun Sibu dijangka tetap menjadi tumpuan di peringkat kebangsaan.

Kata Gregory Hii, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya meraikan sambutan ulang tahun pembentukan Malaysia.

Justeru, seluruh masyarakat diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara untuk menyambut Hari Malaysia.

“Ini adalah hari yang sangat penting bagi kita rakyat Malaysia.

“Tetapi, kita tidak boleh menuduh individu yang tidak mengibarkan bendera sebagai tidak patriotik.

“Kerajaan harus berusaha mengajak rakyat melakukannya.

“Ini tidak mudah untuk dilakukan, tetapi bekerjasama dengan pihak swasta akan menjadi permulaan yang baik,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button