Pelawak terkenal ditahan di Jeddah, Disyaki bawa ganja ketika umrah
SEORANG pelawak terkenal dilaporkan ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah, baru-baru ini.
Menurut media Utusan, pelawak tersebut ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan kini masih berada dalam tahanan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, selebriti itu menunaikan umrah bersama beberapa rakan, namun ditahan selepas dipercayai membawa bahan terlarang.
Namun begitu, selebriti berkenaan masih aktif di media sosial dengan beberapa hantaran terkini yang dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya. Selain itu, beliau juga dijadualkan muncul dalam sebuah program televisyen yang telah dirakam sebelum insiden tersebut berlaku.
Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kes tersebut. Usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan kenyataan daripada pihak berkuasa tempatan dan keluarga pelawak berkenaan.