Sukan

Kasut emas Khalid Jamlus dijual, nilai enggan didedahkan

AKHIRNYA, kasut emas milik pemain bola sepak profesional, Khalid Jamlus dibeli selepas beberapa kali penjualan kasut itu gagal sebelum ini.
Kasut itu dibeli oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang diumumkan dalam akaun Facebook Selangor Royal Office.
Namun, nilai pembelian kasut itu tidak didedahkan dan hanya dimaklumkan dijual dengan nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Majlis penyerahan ringkas itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
Gambar dari Facebook Selangor Royal Office.
Sultan Selangor juga berkenan yang kasut itu diletakkan di Muzimm Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Kasut emas pada tahun 2002 itu sebelum ini dijual oleh Khalid menerusi proses bidaan yang kali pertama dicatatkan dengan harga RM10,000.

Namun, harga kasut itu meningkat naik selepas seorang lagi lelaki yang berada di Australia yan dikenali sebagai Tuah Nice menawarkan harga sebanyak RM99,999 untuk kasut tersebut.

Kisah Khalid yang ingin menjual kasut tersebut kerana kesempitan hidupnya selepas tiga tahun tidak bekerja mendapat perhatian ramai orang.

Malah, Khalid sendiri mengakui yang kasut tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi apatah lagi dia bersaing dengan beberapa penyerang import yang hebat ketika itu. -SM

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button